Kunjungan hormat dari Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) ke JPS Negeri Selangor telah diadakan pada hari 28 Jun 2024 (Jumaat) bagi tujuan pembelajaran pelaksanaan Sistem Pengurusan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang diadakan pada jam 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat Beringin, Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, Tingkat 4, Podium Selatan, Bangunan SSAAS, Shah Alam.
Sesi taklimat telah disampaikan oleh En. Muhammad Ashraf bin Mohamad Munir, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Aset (BPA) selaku Penolong Penyelaras EKSA jabatan ini. Turut hadir bersama Pn. Ir Louis Hong Yee Gee, Timbalan Pengarah Operasi (TPO). Satu sesi lawatan sambil belajar berkaitan pelaksanaan pematuhan EKSA di sekitar ruang kerja di JPS Negeri Selangor daripada delegasi LPHS ke ibu pejabat JPS Negeri Selangor tepat jam 11.00 pagi setelah selesai sesi taklimat diberikan.